dekichatta kekkon

now everywhere u go, u will definitely hear someone talks about siti. uh let’s not go there. lets not bored ourselves to death with something that the media could handle. you can just buy the newspaper and kill yourself slowly (or maybe i can help )

well actually, this post is quite “special” in a way. er sebabnye adalah mulai dari sekarang post ini akan dialihbahasa ke bahse mesia rojak. post ni je kot? sebabnye adelah diopis telah mempunyai pengarah kreatip baru yg berbangsa asing jadi harap2 dia tak faham ape yang akan dituliskan ini kerana ada kena-mengena secara tak langsung atau disengajekan. sekian.

er, pengalihan bahse ini juga disebabkan oleh ketidaktahuan tehadap sape yg melawat site ini atau lebih dikenali sebagai “lost track”. oops. tak dapat dikawal itu. jadi yang demikian, silelah berenti baca kepada sesapa yang tak paham ye.

nak dijadikan cerita, adalah sekarang ni berada pade tahap dewa yang paling bosan hendaknye untuk bekerja. pagi2 dimulakan dengan kemalasan yg membara utk besiap sedia ke opis. semenjak domenjak ini juga kerja2 yg diberikan adelah agak karut lalu membawa kepada ketensenan diri seniri. dengan ini tidaklah disalahkan semuanya kepada orang baru yang disebutkan di atas, akan tetapi kebanyakan harinya beliau memeningkan pelbagai pihak dan menjadikan sesuatu kerja itu lewat utk dihabiskan atau tak habis2 lagi sampai sekarang. ini adalah disebabkan oleh kerja itu di er pospone kan kerana terdapat kerja urgent yang perlu diselesaikan.

masalah ini semakin menjadi2 apabila saya menjadi mangsa untuk menghasilkan peta mesia temasuk sabahan dan swak yang secara keseluruhan panjangnya berukuran sepuluh meter. adakah anda dapat bayangkan betapa panjangnye ukuran itu? untuk memberi pandangan tepat, selalunya sebuah pintu rumah adelah berukuran 0.8 meter jika tidak silap. jadi kita memerlukan kira2 12.5 buah pintu. yang menjadikan kerja ini sangat mengarut adalah disebabkan ketiadaan bajet bagi menghasilkannye lalu tepakse menggunakan mesin pencetak di ofis yang saiz terbesar adalah berukuran dua kali kertas a4. iaitu besamaan saiz a3. untuk memenuhkan panjang satu pintu adalah memerlukan 2 keping. ye. memang tak byk. cuba diambilkira juga ukuran tinggi peta itu. tidaklah pulak ia memerlukan lebih kurang 15 keping? jadi, secara keseluruhannye (sambil mengira hage kenkawan) adalah dengan ini, kepingan ketas akan diketahui dengan menggunakan formula 25 keping darab 15 keping. sangatlah satu penderaan ketika itu terasa seperti kanak2 nakal yang didenda.

secara ajaibnya, dapat disiapkan juga pada hari yang same. hoyeh! tetapi benda yang dipakse2 suruh buat setengah hari itu tidak juga digunakan sehingga kini. takpe. kita akan dapat saksikan hasilnye kemudian.

kesimpulannye, kerja menjadi bosan dengan benda2 karut yg perlu dilakukan oleh kerana pemikiran seseorang atau sekelompok orang disekeliling. sape makan cili dia rasa pedas, klu tahan pedas, rasa la kenyang.

sekian. terima kasut.
(ye ye tepengaruh ngan bebudak rantai)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.